Hazard sasaran utama Real Madrid. FOTO AFP
Hazard sasaran utama Real Madrid. FOTO AFP
Sun

REAL Madrid menyatakan kesanggupan untuk memecahkan rekod perpindahan termahal dunia dengan mendapatkan pemain handalan Chelsea, Eden Hazard.

Juara Sepanyol itu begitu bersemangat meningkatkan potensi skuad Zinedine Zidane tidak kira apa keputusan dicapai final Liga Juara Juara (UCL) Sabtu ini.

Malah mereka juga mahu mendapatkan penjaga gawang Manchester United David De Gea dengan sasaran utama pemain sayap Chelsea itu.

Real terus meningkatkan percubaan untuk mengeluarkan pemain Belgium itu dari Stamford Bridge.

Sumber dalaman Madrid mendedahkan tidak kurang daripada tiga pertemuan sudah diadakan antara wakil kelab itu dan rombongan Hazard tahun ini.

Real berterus terang mengatakan mereka sanggup memecahkan rekod dunia perpindahan termahal dengan membayar sebanyak £100j (RM552 juta) untuk membawa pemain itu ke Bernabeu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 3:47 PM