Ronaldo gerunkan ramai penjaga gol. FOTO REUTERS
AFP

CRISTIANO Ronaldo menyatakan tiada ‘niat’ memperlahankan aksinya selepas dua jaringan memastikan pasukannya terus bertakhta selaku jaguh bola sepak benua Eropah.

Kejayaan menewaskan Juventus 4-1 meletakkan Real Madrid selaku pasukan pertama mengekalkan gelaran Liga Juara Juara (UCL) untuk dua tahun berturut turut.

Penyudah Ronaldo pada final di Cardiff dilengkapkan oleh dua gol menerusi Casemiro dan Marco Asensio.

Ia adalah kejayaan keempat penyerang Portugal itu pada Liga Juara Juara dan gelaran ketiga Madrid dalam tempoh empat tahun untuk menjadikan 12 gelaran semuanya.

Ronaldo, 32, kini meledak 600 gol karier untuk kelab dan negaranya termasuk 105 gol dalam Liga Juara Juara dan menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak dalam saingan sejak lima musim lalu.

"Saya tidak rasa orang mempunyai modal untuk mengkritik kerana angka tidak menipu," katanya selepas dipilih Pemain Terbaik Perlawanan daripada bekas mentornya di Manchester United Alex Ferguson.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Jun 2017 @ 2:35 PM