Ronaldo Jr memeluk Ronaldo Sr. FOTO REUTERS
Ronaldo Jr memeluk Ronaldo Sr. FOTO REUTERS
Telegraph

RAKAMAN video peminat Real Madrid membuktikan Cristiano Ronaldo Jr sememangnya mewarisi kemahiran menggelecek bola dan ketajaman menghidu peluang di depan pintu gol seperti bapanya.

Kanak kanak berumur 6 tahun itu menyertai bapanya di Stadium bolsepak Millennium, Cardiff selepas Real Madrid mengatasi Juventus 4-1 untuk meraih gelaran Liga Juara Juara (UCL) dua kali berturut turut.

Ronaldo turut ditemani teman wanita Georgina Rodriguez, abang Hugo Aveiro dan ibu Dolores Averio ketika Real Madrid meraikan gelaran Eropah kali ke-12.

Kemahiran dipamer Ronaldo Jr memukau ribuan penonton yang mengingatkan mereka kepada Ronaldo yang memecahkan rekod penjaring UCL.

Ketika skuad Real Madrid mengarak piala sekitar padang Cardiff bersama keluarga dan rakan rakan, Ronaldo jr sibuk bermain bola bersama dua kanak kanak lain.

Video dirakam oleh seorang peminat menunjukkan Ronaldo Jr menggelecek dua kanak kanak terbabit dengan menarik bola dengan satu kaki sebelum menyudahkan bola ke penjuru gol.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 5:10 PM