RONALDO ketika final Liga Juara-Juara di Cardiff, 3 Jun lalu. FOTO Reuters
AFP

BINTANG bola sepak pasukan Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi bapa kepada anak kembar yang dilahirkan oleh ibu tumpang, lapor media di Lisbon, Portugal, semalam.

Bayi berkenaan, seorang perempuan dan seorang lelaki yang diberi nama Eva dan Mateo dilahirkan Khamis lalu oleh wanita berkenaan yang tinggal di pantai barat Amerika Syarikat.

Kapten pastukan Portugal yang memenangi Euro 2016 itu memperoleh anak sulungnya, Cristiano Junior pada Jun 2010 - juga melalui seorang ibu tumpang, walaupun dia tidak pernah mengesahkannya.

Ronaldo, 32, kini berpacaran dengan model Sepanyol, Georgina Rodriguez.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2017 @ 11:45 AM