Mbappe jadi rebutan kelab utama Eropah. FOTO REUTERS
Mirror

PARIS Saint Germain (PSG) mengaku mahu mengatasi bidaan Arsenal dan Real Madrid untuk mendapatkan penyerang sensasi AS Monaco, Kylian Mbappe apabila menawarkan harga lebih £119 juta pound (RM648 juta).

Angka itu akan mencipta rekod perpindahan tertinggi di dunia mengatasi £90j (RM490 juta) dibelanjakan Manchester United untuk mendapatkan Paul Pogba musim lalu.

Penyerang remaja itu adalah salah seorang pemain paling mencuri tumpuan di Eropah.

Dia menjaringkan 26 kali dalam 44 penampilan beraksi bersama Monaco.

Mbappe yang juga pemain antarabangsa Perancis membantu kelab itu menjulang gelaran juara Ligue 1 dan beraksi pada separuh akhir Liga Juara Juara.

Monaco tidak terburu buru mahu menjual Mbappe selepas mereka meraih harga durian runtuh sebanyak £43juta (RM235 juta) dengan menjual Bernardo Silva kepada Manchester City, baru baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2017 @ 3:49 PM