LACAZETTE (kiri) dikhabarkan sudah lulus pemeriksaan perubatan di Arsenal.
LACAZETTE (kiri) dikhabarkan sudah lulus pemeriksaan perubatan di Arsenal.

London: Alexandre Lacazette sudah lulus pemeriksaan perubatan menjelang perpindahan bernilai £52 juta (RM288 juta) ke Arsenal dari Lyon.

Penyerang Perancis itu dijangka memuktamadkan kontrak lima tahun bersama Gunners ketika Arsene Wenger melakukan usaha awal dalam pasaran perpindahan pemain.

Pemain berusia 26 tahun itu bersetuju terma peribadi dengan gaji £150,000 (RM833,000) seminggu.

Dia tiba di pangkalan latihan Arsenal di Herts, London kelmarin dengan gambar rasminya diambil sebelum diperkenalkan.

Penyerang itu turut akan diperkenalkan kepada rakan sepasukan barunya yang kembali bagi hari pertama pramusim.

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mengesahkan perjanjian itu akan dilengkapkan “dalam tempoh sehari atau dua” Ahad lalu.

Beliau berkata: “Tawaran pertama diberikan Arsenal adalah 45 juta euro (RM219 juta), tapi perpindahan ini akan berlaku antara 45 dan 50 juta euro (RM243 juta).

“Menghampiri 50j sesuatu yang unik dan mungkin satu rekod buat Arsenal dan Olympique Lyonnais.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 10:16 AM