X
PEMAIN ceria selepas tamat Kejohanan Bowling Tertutup BTPNT di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
PEMAIN ceria selepas tamat Kejohanan Bowling Tertutup BTPNT di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kuala Terengganu: Bagi menghilangkan tekanan dalam misi meningkatkan kualiti kerja, Badan Kebajikan Pegawai dan Kakitangan (BAKEB) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

“Kejohanan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan selain menjadi medan memilih pemain terbaik bagi mewakili BTPNT dalam kejohanan bowling sempena Hari Guru tahun depan.

“Selain itu, pertandingan ini bermatlamat menggalakkan rakan-rakan supaya sentiasa mengutamakan senaman sekali gus menyihatkan tubuh badan,” kata pengerusi pertandingan, Mohd Alhadi Yaali.

Dalam pertandingan selama sehari itu, pasukan Pusat Kegiatan Guru (PKG) All Star muncul juara diikuti Unit Kewangan dan Perolehan (UKP).

Tempat ketiga pula disandang Unit Pembestarian Sekolah (UBEST) manakala Unit Pengurusan Strategik (UPS) keempat dan Unit Media dan Inovasi Pendidikan (UMIP) kelima.

Bagi kategori individu lelaki, Alhadi daripada unit UPS diumumkan pemenang manakala kategori wanita disandang Siti Nor Zaharah Ismail (PKG Marang).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2017 @ 10:32 AM