MESUT Ozil menggayakan kit ketiga bagi musim 2017/2018 di Sydney, semalam. FOTO Reuters
Reuters

PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil mengatakan hasratnya untuk kekal bersama Arsenal dan akan membincangkan masa depannya selepas lawatan pra-musim mereka di Australia dan China.

"Pastinya pilihan saya untuk kekal. Arsenal satu kelab hebat dan saya selesa di sini.

“Kami akan membincangkan masa depan apabila semua sudah kembali ke London,” kata pemain berusia 28 tahun itu di laman web rasmi Arsenal.

“Buat masa ini, apa yang penting adalah perlawanan pra-musim kami, latihan dan kecergasan. Bila saya kembali ke London, kami akan berbincang,” kata Ozil yang akan tamat kontrak bersama Arsenal pada 2018.

Arsenal akan bertemu Sydney FC hari ini dan Western Sydney Wanderers, Sabtu ini sebelum ke China.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 7:55 AM