Muhd Safawi Rasid (29) meraikan jaringan pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. FOTO HMN/MOHD AZREN JAMALUDIN
Rizar Mohd Noor
sukan@mediaprima.com.my


JOHOR Darul Ta'zim (JDT) layak ke suku akhir Piala Malaysia 2017 selepas membelasah Terengganu 5-0 pada aksi perlawanan Kumpulan D di Stadium Larkin, malam ini.

Dengan kemenangan itu skuad Harimau Selatan memimpin seketika selaku pendahulu Kumpulan D dan pertembungan menentang Selangor pada 9 September nanti di Larkin, bakal menentukan pasukan mana akan muncul juara kumpulan.

Tanpa kelibat Marcos Antonio yang terpaksa diketepikan untuk tempoh yang lama akibat kecederaan lutut kiri menyaksikan Junior Eldstal bergandingan bersama Mohd Fadhli Shas mengemudi benteng pertahanan tengah.

Pengendali JDT, Ulisses Morais turut membuat rombakan dalam kesebelasan utama tatkala menurunkan kesemua pemain tempatan dan masih mampu beri tekanan pada benteng skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Gol JDT dijaringkan oleh Safawi Rasid (P) 19’, Fadhli Shas 38’, S Kunanlan 45’,

Hazwan Bakri 49’ dan Darren Lok 80’

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 11:18 PM