Sadio Mane (kiri) dan Mohamed Salah (kanan) sujud selepas menjaringkan gol kedua dan ketiga Liverpool. FOTO AFP
Sadio Mane (kiri) dan Mohamed Salah (kanan) sujud selepas menjaringkan gol kedua dan ketiga Liverpool. FOTO AFP
Reuters

PENYERANG Liverpool Daniel Sturridge digantikan akibat kecederaan paha selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menewaskan Bayern Munich 3-0 pada perlawanan pra musim di Jerman, awal pagi tadi, hari ini.

Karier Sturridge yang lebih banyak terjejas akibat kecederaan sejak tiga musim lalu menjaringkan gol ketiga Liverpool tetapi terpaksa dikeluarkan kerana cedera pada minit ke-87.

"Dia mengalami kecederaan. Dia bermain dengan baik. Jadi saya berharap ia hanya kecederaan kecil dan dia boleh bermain semula selepas ini," kata pengurus Liverpool Juergen Klopp selepas perlawanan itu.

"Ia memalukan dan saya harap tidak ada serius terhadap kecederaannya."

Sadio Mane dan Mohamed Salah juga menjaringkan gol buat Liverpool yang membuka kempen EPL pada 12 Ogos menentang Watford.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2017 @ 1:35 PM