Dovizioso tewaskan Marquez di garisan penamat. FOTO AFP
AFP

PELUMBA Itali Andrea Dovizioso mengekang cabaran Marc Marquez untuk memenangi perlumbaan Grand Prix MotoGP Austria yang penuh mendebarkan, hari ini.

Dovizioso memacu jentera Ducati menafikan penguasaan pendahulu kejuaraan musim ini Marquez bermula di petak utama.

Bekas juara dunia 250cc itu mempamer kepantasan konsisten biarpun bertukar pendahuluan dengan pelumba Sepanyol itu beberapa kali termasuk dua kali pada selekoh terakhir.

Rakan sepasukan Marquez yang juga menunggang Honda Dani Pedrosa di tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 9:03 PM