X
PEMAIN Malaysia, Wafiq Irfan Zarbani (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan meraikan kemenangan selepas berjaya mengeluarkan pemain Thailand, Kittan Sae Kue (tiga kanan)  di Kinrara Oval.
PEMAIN Malaysia, Wafiq Irfan Zarbani (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan meraikan kemenangan selepas berjaya mengeluarkan pemain Thailand, Kittan Sae Kue (tiga kanan) di Kinrara Oval.
BERNAMA

SKUAD kriket lelaki negara memulakan langkah sulung di peringkat round robin bagi acara 50 over dengan menang bergaya ke atas Thailand sebanyak 160 larian di Kinrara Oval, hari ini.

Skuad kriket lelaki tuan rumah yang memulakan pusingan pada sebelah pagi, mencatat 265 larian/ 5 wiket (50 over).

Catatan itu gagal dikejar pasukan pelawat yang sekadar memperoleh 105 larian (35 over).

Pemain tuan rumah Virandeep Singh dipilih pemain terbaik perlawanan selepas melakukan 79 larian.

Selain Malaysia dan Thailand, acara yang julung kali dipertandingkan di Sukan SEA itu disertai Singapura, Indonesia, Thailand dan Myanmar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 9:43 PM