PELARI kuartet negara, 4x100m sekadar tempat ke-4 lelaki akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. -
Mohd Fitrie Muhamad

PERASAAN suka dalam duka menyelubungi kuartet 4X100 meter lelaki negara apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat pada aksi yang dimenangi Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Sekali pun gagal menghadiahkan sebarang pingat buat kontinjen negara, catatan 39.27 saat (s) dilakukan kuartet yang dianggotai Muhammad Haiqal Hanafi, Badrul Hisham Abdul Manap, Jonathan Nyepa dan Nixson Kennedy berjaya mengatasi rekod lama kebangsaan, 39.62s.

Rekod lama dilakukan Muhammad Haiqal, Badrul Hisham, Jonathan Nyepa dan Khairul Hafiz Jantan ketika saingan Terbuka Vietnam, 27 Julai lalu.

Pada saingan hari ini, kuartet Thailand terlebih dulu melintasi garisan penamat dengan masa 38.90s, diikuti Indonesia (39.05s) dan Filipina (39.11s).

Terdahulu, kuartet negara terpaksa melupakan khidmat Khairul Hafiz yang mengalami kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 5:12 PM
Skip this ad x