FITZPATRICK bersama ibu dan bapa selepas memenangi kejuaraan Masters Eropah di Switzerland, semalam.
FITZPATRICK bersama ibu dan bapa selepas memenangi kejuaraan Masters Eropah di Switzerland, semalam.
AFP

CRANS-SUR-SIERRE, Switzerland: Pemain England, Matthew Fitzpatrick merangkul kejuaraan sulungnya musim ini apabila mengatasi Scott Hend pada lubang ketiga play-off bagi kemenangan dramatik kejuaraan Masters Eropah di Switzerland, semalam.

Fitzpatrick merakam catatan 64 pada pusingan akhir untuk mengumpul 14 bawah par keseluruhan sebelum kemerosotan Hend pada lubang ketiga play-off di lubang ke-18 membolehkannya meraih kemenangan pertama sejak Kejuaraan Jelajah tahun lalu.

Hend dari Australia, yang tumpas kepada Alex Noren menerusi penentuan play-off pada kejohanan sama 12 bulan lalu, terlepas tolakan dari jarak enam kaki bagi memastikan kejuaraan pada lubang kedua play-off sebelum dia merudum beberapa minit kemudian.

“Saya gembira, ia satu daripada kejuaraan yang saya ingin menangi,” kata Fitzpatrick, yang tewas satu pukulan kepada Danny Willett pada 2015.

“Saya seronok bemain di lapangan golf ini, sejak tahun pertama saya hadir sebagai pemain jemputan pada 2014 ia kekal berada dalam jadual saya dan saya sering mahu kembali dan bermain.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 2:42 PM