Aksi Zarco menolak motosikal hingga garis penamat pada GP San Marino. FOTO AGENSI
Aksi Zarco menolak motosikal hingga garis penamat pada GP San Marino. FOTO AGENSI
Daily Mail

JOHANN Zarco dipuji kerana bersemangat tinggi beraksi dalam musim pertama MotoGP malah sanggup ‘berlari’ sambil menolak motosikal hingga garis penamat pada Grand Prix San Marino, semalam kerana kehabisan minyak.

Marc Marquez pula beraksi penuh sensasi mencipta kemenangan di Misano untuk menafikan pelumba Itali menunggang Ducati Danilo Petrucci daripada meraih kemenangan sulung kelas utama itu.

Zarco, pelumba Perancis ketika itu berada pada kedudukan tempat ketujuh sebelum berdepan masalah pada penghujung perlumbaan.

Pelumba berusia 27 tahun itu bagaimanapun berjaya tiba di garisan penamat bersama jentera Monster Yamaha Tech 3.

Dia menggunakan kudrat menolak motosikal seberat 160-kilogram sambil pengulas perlumbaan menyatakan masalah kehabisan minyak menjadi punca.

Ketika pencabar lain memacu laju jentera melepasi garis penamat, Zarco dapat menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 iaitu tempat terakhir mengutip mata berada di depan Loris Baz dan Karel Abraham.

Zarco menduduki tangga keenam kejuaraan MotoGP dan pernah terbabas keluar perlumbaan MotoGP di Qatar.

Marquez, pelumba Honda merampas pendahuluan pada pusingan terakhir untuk menjuarai Grand Prix itu.

Andrea Dovizioso (Ducati) menamatkan saingan di tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 6:07 PM