RIBERY akan menggunakan penganduh selama beberapa minggu. FOTO/AFP
Reuters

MUNICH: Penyerang Bayern Munich, Franck Ribery mengalami kecederaan koyak ligamen lutut kirinya dan akan diketepikan selama beberapa minggu, menurut juara Bundesliga itu semalam.

Pemain Perancis berusia 34 tahun itu, yang cedera ketika seri 2-2 di Hertha Berlin Ahad lalu, akan menggunakan penganduh selama beberapa minggu ketika dia mula melakukan proses pemulihan.

“Kami berasa sedih Franck mengalami kecederaan,” kata ketua pegawai eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge dalam laman web kelab itu (fcbayern.com).

“Kami mengharapkan dia cepat pulih dan kembali bermain.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 11:29 AM