Skip this ad x
PENYERANG Scotland, Chris Martin (kanan) membuat sepakan gunting ke arah gawang Slovakia. FOTO/AFP
Reuters

LONDON: Pengurus Scotland, Gordon Strachan sentiasa mempunyai naluri positif mengenai kemampuan pasukannya untuk menemui penyudah diinginkan ketika menentang Slovakia sekali gus mencerahkan peluang mereka ke Piala Dunia, awal pagi tadi.

Selepas dua kali percubaan terkena palang dan aksi cemerlang penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka yang beberapa kali menyelamatkan gawang, Scotland akhirnya menemui jaringan kemenangan hanya dua minit sebelum pemain ditamatkan bagi menjamin keputusan 1-0.

Bekas pertahanan Liverpool, Martin Skrtel meledak gol sendiri sekali gus membantu Scotland berganjak ke tangga kedua Kumpulan F dan kemenangan ke atas Slovenia, Ahad ini bakal menjamin tempat ke aksi play off.

“Saya tidak terlalu teruk kerana saya dapat rasakan yang kami akan meraih gol. Ia satu kekecewaan yang besar sekiranya kami tidak melakukannya dan ia satu prestasi,” kata Strachan.

“Tidak diragui mengenai pemain terbaik perlawanan dan sememangnya penjaga gol mereka lebih menyerlah - dan palang juga terlalu bagus!.


STRACHAN (kiri) meraikan kejayaan selepas anak buahnya membenam Slovakia. FOTO/AFP

“Empat belas pemain mengubah keputusan daripada seri kepada kemenangan. Perlawanan ini juga menggambarkan tahap kecergasan kami. Kami mempunyai prestasi hebat ini dan tuah itu memihak kepada kami,” kata Strachan.

“Saya akan menikmati kemenangan ini hanya untuk tempoh singkat dan kemudian perlu memikirkan mengenainya (perlawanan dengan Slovenia).”

Sementara itu, kapten Scotland, Darren Fletcher hanya mampu memuji prestasi rakan sepasukannya yang menewaskan Slovekia yang terpaksa beraksi 10 pemain seawal minit ke-24 di Hampden Park.

Bekas pemain tengah Manchester United itu mengalami kecederaan di bahagian telinga namun berharap dapat kembali pulih sebelum perlawanan Ahad ini.

“Apabila kami sentiasa mencipta peluang, kamu tahu yang kamu akan dapat lebih banyak,” kata Fletcher. “Kami sentiasa sabar. Tidak kiralah bagaimana cara yang digunakan sehinggalah kami berada di sana.

“Apabila sebuah pasukan beraksi dengan 10 pemain, kamu perlu memanfaatkan segala-galanya - kami dapat melakukannya. Ia menjadikan perlawanan lebih sengit tetapi kredit kepada pemain.

“Kami terus menerus melakukan hantaran dan penyokong sentiasa bersama kami,” kata Fletcher.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2017 @ 9:36 AM