MESSI (kiri) dijatuhkan pemain Peru, Pedro Aquino. FOTO/AFP
MESSI (kiri) dijatuhkan pemain Peru, Pedro Aquino. FOTO/AFP
Reuters

BUENOS AIRES: Juara dua kali dan naib juara 2014, Argentina berada dalam kedudukan sangat bahaya untuk gagal ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 selepas terikat 0-0 dengan Peru, sebentar tadi.

Skuad yang diketuai Lionel Messi itu ketika ini berada di kedudukan keenam selepas mengumpul 25 mata dalam kumpulan yang disertai 10 pasukan Amerika Selatan, dengan hanya empat pasukan teratas layak automatik ke Russia.

PENYOKONG Argentina hampa kekebalan benteng Peru. FOTO/AFP
PENYOKONG Argentina hampa kekebalan benteng Peru. FOTO/AFP

Pasukan kelima, Peru pula kini memiliki berpeluang untuk bermain di playoff menentang juara Oceania, New Zealand.

Argentina akan bertandang ke Ecuador pada perlawanan terakhir, Selasa ini sementara Peru, yang mengharapkan untuk mara ke pusingan akhir buat kali pertama sejak 36 tahun akan melayan kunjungan Colombia di Lima.

Brazil sudah melayakkan diri ke Russia dengan mengumpul 38 mata, sementara Uruguay hanya memerlukan keputusan seri pada aksi terakhir berdepan Bolivia untuk mara.

Chile pula di kedudukan ketiga berkongsi 26 mata dengan pasukan tangga keempat Colombia. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2017 @ 12:34 PM