NURUL Najwa
Zatul Iffah Zolkiply


Kerteh: Walaupun orangnya kecil dan comel tetapi anak ketiga daripada empat beradik ini mampu memberikan saingan dalam Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh Sabtu lalu.

Berada di tempat kelima dalam Kategori Terbuka Wanita, kehadiran Nurul Najwa Mohd Fauzi, 18, nyata mencuri tumpuan dengan wajahnya yang menarik dan tubuh badan yang kecil molek.

Nurul Najwa yang mewakili Mossa Cycling Team teruja apabila berada dalam kedudukan 10 teratas dalam kejohanan yang disertai pelbagai peringkat umur.

“Kejohanan HMMTB memang tidak asing lagi dan saya tidak melepaskan peluang menyertai perlumbaan anjuran Harian Metro jika mempunyai masa kerana minat yang mendalam terhadap sukan berbasikal.

“Dalam kejohanan ini, saya melakukan latihan setiap hari dan walaupun hanya mampu berada di tempat kelima, saya berpuas hati kerana sudah mempamerkan aksi sebaik mungkin.

“Semua yang bersaing dalam perlumbaan ini ada kekuatan masing-masing dan InsyaAllah, jika ada kesempatan, saya mahu menyertai kejohanan HMMTB di Sungai Buaya, Selangor pada 2 Disember depan,” katanya yang juga atlet berbasikal Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 11:27 AM