MESSI (tengah) meraikan kejayaan Argentina ke playoff Piala Dunia. -Foto EPA
MESSI (tengah) meraikan kejayaan Argentina ke playoff Piala Dunia. -Foto EPA
AFP

QUITO (Ecuador): Lionel Messi meledak hatrik untuk mengetuai Argentina menutup kempen kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan 3-1 ke atas Ecuador, sebentar tadi.

Bintang Barcelona itu menyelamatkan negaranya untuk meraih slot ke Russia tahun depan dengan mempamerkan kebangkitan menakjubkan selepas Ecuador terlebih dulu mendahului permainan.

Hanya 38 saat aksi bermula, Romario Ibarra sudah pun meletakkan Ecuador di depan, tetapi Messi menghasilkan dua gol dalam tempoh 20 minit pertama sebelum melengkapkan hatrik di babak kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 11:41 AM