POCHETTINO (kiri) percaya Kane (kanan) akan menjadi pemain legenda buat Tottenham. -Foto EPA
POCHETTINO (kiri) percaya Kane (kanan) akan menjadi pemain legenda buat Tottenham. -Foto EPA
KANE (tengah) teruja untuk terus bersama Spurs. -Foto EPA
KANE (tengah) teruja untuk terus bersama Spurs. -Foto EPA
AFP

MADRID: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berharap gambar perpisahan Francisco Totti dari AS Roma (yang menyertai kelab itu sejak 24 tahun lalu) boleh menjadi suntikan semangat buat Harry Kane untuk muncul sebagai individu hebat di kelab berkenaan.

Awal pagi esok, Tottenham bakal berdepan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara dan Kane dikaitkan bakal menyertai juara Eropah itu selepas tampil hebat dengan menjaringkan 43 gol.

“Dia cukup beremosi apabila melihat perpisahan Totti di Roma, ia juga memberi motivasi khusus buat pemain untuk menentukan ‘warna’ sebenar Tottenham dan juga penyokong,” kata Pochettino.

“Paling penting adalah dia gembira berada di Tottenham dan siapa tahu di mana kami akan berada esok. Kami menikmati apa yang kami lalui sekarang.

“Dia seorang pemain yang hadir dari akademi dan berasa hebat bersama kelab ini. Bagi saya, dia seorang pemain yang begitu teruja untuk menjaringkan gol buat Tottenham.”

Malah reputasi Pochettino juga turut meningkat sehingga disifatkan sebagai pengendali Real Madrid pada masa akan datang.

Namun, pengurus dari Argentina itu berkata, beliau gembira untuk kekal bersama Spurs, seperti diinginkan pengerusi kelab, Daniel Levy yang mahukannya kekal bagi tempoh 15 tahun lagi.

“Tidak ada apa yang saya suka selain daripada Mauricio kekal sebagai pengendali kami untuk tempoh 10 hingga 15 tahun,” kata Levy mengenai Pochettino.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2017 @ 12:17 PM