PENYERANG Napoli, Dries Mertens (tengah) disekat pertahanan Inter, Skriniar (kiri) dan pemain tengah, Roberto Gagliardini (kanan) pada aksi di stadium San Paolo.  FOTO/AFP
PENYERANG Napoli, Dries Mertens (tengah) disekat pertahanan Inter, Skriniar (kiri) dan pemain tengah, Roberto Gagliardini (kanan) pada aksi di stadium San Paolo. FOTO/AFP
AFP

MILAN: Inter Milan menamatkan deretan kemenangan Napoli dalam kempen Serie A dengan keputusan seri tanpa jaringan meskipun perlawanan dua pasukan di puncak liga itu berlangsung penuh mendebarkan di Naples, awal pagi tadi.

Napoli yang dikecewakan Manchester City pada aksi Liga Juara-Juara minggu ini, kini mengumpul 25 mata daripada sembilan perlawanan untuk mengekalkan kelebihan dua mata berbanding penghuni tangga kedua, Inter.

Juara bertahan, Juventus dan Lazio - masing-masing ketiga dengan 19 mata - mempunyai peluang untuk merapatkan jurang kedudukan hari ini apabila masing-masing dijadual bertemu Udinese dan Cagliari.

Napoli sudah mengekalkan rekod kemenangan itu sebanyak 13 kali dalam perlawanan Serie A sejak musim lalu.

Namun mereka seakan bertemu ‘buku dengan ruas’ berdepan Inter yang mahu memburu kemenangan pertama di Naples sejak 20 tahun lalu di Stadium San Paolo.

Kedua-dua pasukan harus berterima kasih kepada penjaga gol masing-masing apabila Samir Handanovic dari Inter dan Pepe Reina (Napoli) berjaya mengekang beberapa percubaan.

“Pemain ini harus diberikan penghargaan,” kata jurulatih Inter, Luciano Spalletti. “Hari ini kami bermain perlawanan yang sangat bagus, yang mungkin juga akan menjadi lebih baik. Napoli sangat kuat, mereka melakukan percubaan menakjubkan.

“Handanovic melakukan tugas dengan baik. Reina juga dilihat bagus dalam beberapa keadaan. Kami kecewa dan kami akan terus merapatkan kedudukan ini.”

Sementara itu jurulatih Napoli, Maurizio Sarri berkata: “Saya dapat merasakan pasukan mempunyai lebih motivasi dalam saingan liga berbanding Eropah. Malam ini, kami bermain dengan penuh fokus selama 95 minit berbanding Manchester 55 (minit).”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2017 @ 11:34 AM