AGUERO pintas rekod  Eric Brook. FOTO/AFP
AGUERO pintas rekod Eric Brook. FOTO/AFP
AFP

NAPLES: Sergio Aguero muncul selaku pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City dan digambarkan sebagai ‘legenda’ oleh jurulatih, Pep Guardiola.

Jaringan Aguero membantu pasukannya meraih tempat ke pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Napoli, awal pagi tadi.

GUARDIOLA disapa jurulatih Napoli, Maurizio Sarri selepas perlawanan. FOTO/AFP
GUARDIOLA disapa jurulatih Napoli, Maurizio Sarri selepas perlawanan. FOTO/AFP

Pemain Argentina berusia 29 tahun itu mengatasi rekod lama, 177 gol milik Eric Brook pada era 1930-an selepas meledak gol ketiga City pada minit ke-69 dalam saingan di Naples.

“Pencapaian diraihnya itu menjadikan dia sebagai seorang legenda, dia mencipta sejarah, jadi saya memberitahunya untuk menikmatinya,” kata Guardiola.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu hanya memerlukan satu mata untuk menjamin tempat ke pusingan kalah mati untuk tahun kelima berturut-turut.

PENYERANG City, Dries Mertens (kanan) melepasi halangan pertahanan City, John Stones. FOTO/AFP
PENYERANG City, Dries Mertens (kanan) melepasi halangan pertahanan City, John Stones. FOTO/AFP

Namun kemenangan keempat City daripada empat aksi Kumpulan F ketika ini sudah cukup untuk menjamin langkah ke peringkat seterusnya dengan 12 mata, dengan masih berbaki dua perlawanan dalam tangan.

Napoli pula berada di tangga ketiga, enam mata di belakang kelab dari Ukraine, Shakhtar Donetsk yang menewaskan Feyenoord, 3-1.

“Saya sangat gembira kami berada di pusingan 16 terbaik. Ia satu kemenangan yang hebat malam ini,” kata Guardiola.

“Mereka jelas mengucar-kacirkan kami dalam tempoh 20 minit awal, terutamanya Ghoulam dan saya berharap dia cepat sembuh. Kami bergelut tetapi pemain kami menunjukkan personaliti.

“Apa yang penting, bagaimana pasukan memberi reaksi pada saat getir dan mereka menanganinya dengan baik. Tahap penonton bola sepak juga menakjubkan dan apa yang boleh katakan hanyalah ‘wow’.”

PEMAIN City meraikan kejayaan bersama Guardiola (kanan) FOTO/AFP
PEMAIN City meraikan kejayaan bersama Guardiola (kanan) FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 9:50 AM