DEPAY (kiri) mengawal bola sambil dihalang pemain Scotland.
Reuters

ABERDEEN: Jaringan Memphis Depay pada minit ke-40 membolehkan Belanda menang 1-0 ke atas pasukan muda Scotland di Aberdeen dalam perlawanan persahabatan hari ini.

Kedua-dua pasukan gagal layak ke Piala Dunia tahun depan dan pengendali sementara Scotland Malky Mackay membariskan pemain muda untuk aksi di Pittodrie itu.

Mackay, diberitahu oleh Scotland FA yang beliau bukan calon untuk menggantikan Gordon Strachan sebagai pengurus sepenuh masa, memberikan tiga pemain baru Ryan Christie dan Callum McGregor di bahagian tengah serta Ryan Jack bek kanan penampilan pertama di peringkat antarabangsa.

Pertahanan Celtic berusia 20 tahun, Kieran Tierney mengetuai pasukan itu dalam penampilan kesembilannya untuk negaranya dengan pasukan kurang berpengalaman itu beraksi baik secara keseluruhan.

Pasukan Belanda yang begitu sabar ketika menguasai bola, mendahului hasil serangan balas dengan Depay menjaringkan gol selepas menerima hantaran rendah Ryan Babel.

Scotland yang mempunyai dua percubaan tepat pada penghujung perlawanan berpeluang untuk menyamakan kedudukan tetapi percubaan pemain gantian Jason Cummings terlalu lemah dan tandukan Matt Phillips pula gagal menemui sasaran walaupun tidak dicabar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 11:37 PM