Tiada keputusan muktamad pasukan mana akan beraksi dalam Liga Super musim depan. FOTO fail HM
Nursyahirah Marzuki


PASUKAN dari Terengganu bakal beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia pada musim depan belum dimuktamadkan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ketika ini perkara itu

masih lagi dalam perbincangan di peringkat pengurusan.

"Kita belum membuat keputusan muktamad mengenai perkara ini. Ia akan ditentukan oleh

jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

"Ini adalah cadangan pihak pengurusan PBSNT dan kita akan lihat dari pelbagai sudut malah ia hanya akan diputuskan pada akhir tahun ini,"katanya.

Beliau berkata ketika mengulas mengenai penjenamaan semula pasukan Terengganu dengan hanya satu pasukan akan beraksi dalam saingan Liga Super manakala satu lagi beraksi di pentas Liga Perdana musim depan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden 1 PBSNT, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail memaklumkan pihaknya akan melakukan penjenamaan semula dengan menyenaraikan satu pasukan sahaja dari Terengganu dalam aksi Liga Super pada musim hadapan.

Ia bermakna T-Team sebelum ini berhempas-pulas mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan terpaksa 'turun pangkat' beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Turut terbabit dalam penjenamaan semula itu adalah pasukan Piala Presiden dan Piala Belia.

Kedua-dua pasukan itu juga akan digabungkan menjadi satu pasukan saja mulai musim depan, berbanding sebelum ini iaitu pasukan Terengganu dan T-Team.

Terdahulu, Ahmad Razif mengumumkan kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri

Terengganu akan menganjurkan Terengganu Monsoon Challenge Sailing GP 2017 pada 23 hingga 26 November ini Duyong Marina Resort, Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 6:06 PM