JEDINAK jaring penalti buat Australia. -Foto EPA
JEDINAK jaring penalti buat Australia. -Foto EPA

SYDNEY: Kapten Australia, Mile Jedinak muncul wira selepas membantu pasukannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Honduras pada aksi play-off kedua sekali gus mengesahkan tempat ke Piala Dunia yang berlangsung di Russia, tahun depan.

Pemain tengah itu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dan dua sepakan penalti untuk membolehkan Australia menang 3-1 secara agregat dan mara ke pentas bola sepak terbesar dunia itu buat kali keempat berturut-turut.

Honduras yang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri pada aksi pertama apabila terikat tanpa jaringan hanya mampu meledak gol sagu hati menerusi Alberth Elis pada minit akhir perlawanan sekali gus memusnahkan misi mereka untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

PEMAIN Autralia meraikan hatrik Jedinak. -Foto Reuters
PEMAIN Autralia meraikan hatrik Jedinak. -Foto Reuters

“Sukar untuk menggambarkan perasaan ketka ini. Rasa seperti tak percaya,” kata Jedinak.

“Kami tahu akan mengharungi kempen kelayakan yang sukar, jadi kemenangan ini sememangnya istimewa.

“Ia satu perjalanan yang panjang selama dua tahun setengah, namun kami berjaya mengharunginya. Kami bersyukur apabila sekali lagi dapat beraksi di Piala Dunia.”

Pada aksi terbabit, Jedinak meledak gol pembukaan menerusi sepakan percuma yang terkena pertahanan Honduras, Henry Figueroa sekali gus mengelirukan penjaga gol, Donis Escober pada minit ke-54.

Jedinak kemudian mudah menyempurnakan dua sepakan penalti pada minit ke-72 dan 85 sebelum Elis meledak gol sagu hati buat Honduras sebelum wisel penamat dibunyikan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 9:14 PM