Rooney mengadakan perbincangan dengan Coleen untuk menyelamatkan perkahwinannya. FOTO Instagram Coleen
Daily Mail

WAYNE Rooney berjaya menyelamatkan perkahwinanya yang hampir musnah apabila membuat pengakuan jujur terhadap isterinya, Coleen, menurut laporan sebuah akhbar tabloid Britain, hari ini.

Coleen bersetuju memulakan hidup baru selepas berbincang dari hati ke hati dan Wayne berjanji tidak mengungkit cerita lama selepas ditahan polis kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk bersama seorang wanita kaki kelab malam, Laura Simpson.


Laporan rumahtangga Rooney bergolak sebelum ini.

Coleen, 31, yang berang dengan insiden itu memberitahu rakan rakannya dia bergelut untuk ‘memaafkan’ perbuatan Wayne.

Bagaimanapun pasangan terbabit bertemu tanpa tiga anak lelaki mereka di Soho House Farmhouse di Oxfordshire.

Mereka bersetuju menghidupkan semula perkahwinan selepas Wayne berulang kali meminta maaf dan memberitahu mahu menyelamatkan perkahwinannya.

Pasangan itu dilihat buat kali pertama bersama tiga anak lelaki mereka di sebuah restoran di Didsbury, Cheshire.

Wayne mengakui dia seperti orang bodoh sewaktu ditahan memandu kereta VW Beetle milik Laura yang turut mendakwa mereka bercumbu.

Sejak insiden itu, Coleen dilihat tidak memakai cincin perkahwinan berharga £500,000 (RM2.7 juta) dan dianggap orang awam sebagai tanda kemarahan terhadap suaminya itu.

Wayne kini beraksi bersama pasukan Everton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Coleen pula sedang mengandungkan anak keempat pasangan itu.

Berita berkaitan:

Rumahtangga Rooney berserabut Coleen naik angin

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 7:26 PM