X
SULTAN Ibrahim ketika merasmikan Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana 2017 di The ELS Club Desaru-The Ocean.
SULTAN Ibrahim ketika merasmikan Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana 2017 di The ELS Club Desaru-The Ocean.
Rizar Mohd Noor


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan merasmikan dan mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana 2017 di The ELS Club Desaru-The Ocean di sini, sebentar tadi.

Pengerusi penganjur kejohanan, Tan Sri Esa Mohamad berkata, seramai 128 pemain menyertai kejohanan edisi kedua itu membabitkan penaja korporat dan syarikat konglomerat yang menjadi penyumbang dana Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF).

“Saya amat tersentuh apabila melihat ramai penderma memberi sumbangan sekali gus menjayakan kejohanan buat kali kedua ini terutama badan korporat. Selain mengumpul dana, kejohanan ini dapat merapatkan hubungan antara industri pemimpin korporat.

SULTAN Ibrahim bersama peserta ketika Kejohanan Golf Amal Trofi Laksamana 2017 di Els Club Desaru Coast. FOTO/HAIRUL ANUAR RAHIM
SULTAN Ibrahim bersama peserta ketika Kejohanan Golf Amal Trofi Laksamana 2017 di Els Club Desaru Coast. FOTO/HAIRUL ANUAR RAHIM

“Kejohanan ini juga sekali lagi melakar detik bersejarah apabila Sultan Ibrahim berkenan merasmikan dan mengambil bahagian,” katanya pada majlis itu hari ini.

Sementara itu, Media Prima Berhad yang menjadi rakan media rasmi kejohanan itu diwakili Pengurus Besar Kumpulan Bahagian Pengurusan Risiko, Mohd Hisham Shazli yang turut sama mengambil bahagian.

Pada kejohanan edisi pertama tahun lalu, lebih RM3.8 juta berjaya dikumpul untuk disalurkan kepada tabung dana TLJCF dengan pasukan Mahabuilders merangkul Piala Pusingan Laksamana seberat 14 kilogram yang bernilai RM411,322 selepas mengumpul mata tertinggi, 28 mata.

Yayasan TLJCF dirasmikan Sultan Ibrahim pada 6 Ogos 2016 di Persada Johor dan penubuhannya bertujuan membantu pesakit kanser yang memerlukan bantuan kewangan dan perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 4:19 PM