Gattuso mengendali skuadnya pada sesi latihan dan sidang akhbar memberitahu mengharapkan bintangnya kembali bangkit. FOTO TWITTER AC MILAN/MILAN TV
Gattuso mengendali skuadnya pada sesi latihan dan sidang akhbar memberitahu mengharapkan bintangnya kembali bangkit. FOTO TWITTER AC MILAN/MILAN TV
Daily Mail

BOS baru AC Milan Gennaro Gattuso mahu pemain skuad mengikut jejaknya dengan mempamer semangat juang tinggi sepanjang 13 tahun berada di San Siro.

Bekas pemain tengah tahan lasak digelar Rino itu memenangi dua gelaran Serie A serta dua kejayaan Liga Juara Juara (UCL) di AC Milan antara 1999 dan 2012.

Dia mengambil alih tugas daripada Vincenzo Montella.

Gattuso memberi amaran kepada pemain bintangnya dan menjangkakan mereka akan memberikan 100 peratus apabila mengendalikan gergasi Itali ‘sedang tidur’ itu.

Milan hanya menang enam daripada 14 perlawanan liga setakat ini.

“Saya rasa pasukan ini mampu melakukan lebih banyak,” kata Gattuso.

“Kami perlu menjadi satu pasukan, kita perlu beraksi di atas padang sebagai satu kumpulan. Kami memerlukan semangat padang pertarungan ketika kita memiliki bakat,” katanya.

“Bagi saya tiada guna banyak bercakap Gattuso sebagai pemain. Semangat dan tidak mudah menyerah kalah dalam diri kekal dalam diri saya.

“Saya tidak suka tewas biarpun bermain bola sepak atas meja (table football) dengan anak saya, kerana ia sentiasa dalam diri”.

“Bagaimanapun, saya belajar dari kesukaran untuk menjadi jurulatih. Mereka tidak senang senang memberikan saya lesen.

“Berdepan perlawanan bukan sekadar dengan hati dan semangat. Kita perlu bekerja keras memperbaiki keadaan fizikal dan membuat persiapan teknikal.”

Perlawanan pertama Milan di bawah kendalian Gattuso adalah berdepan Benevento, Ahad ini yang masih belum mendapat sebarang mata musim ini.

Milan kini berada di tangga ketujuh liga Serie A dan tercicir 11 mata di belakang pasukan tempat keempat Roma yang mengisi slot terakhir kelayakan ke UCL.

“Saya perlu memikirkan mengenai Benevento seolah olah ia seperti final Piala Dunia,” kata Gattuso.

Gattuso yang tidak pernah menjadi jurulatih kelab dalam liga utama sebelum ini mengendalikan Sion, Palermo, OFI Crete dan Pisa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 5:06 PM
Digital NSTP Subscribe