Floyd pada sesi bertemu peminat di China serta fotonya bergambar di Tembok Besar. Aksi ketika menentang Conor McGregor yang dimenanginya. FOTO Instagram/REUTERS
Daily Mail

PENINJU handalan, Floyd Mayweather berkeras menafikan dakwaan dia akan keluar daripada persaraan selepas menghabiskan percutian mewah di China.

Legenda tinju itu berkata: “Saya gembira dengan persaraan ini. Saya tidak akan berlawan lagi, tidak kiralah berapa harga pertarungan ditawarkan,” sambil menambah semua laporan itu adalah ‘palsu! Semua tipu!’.

Selepas bersara, dia berada dalam kalangan peninju paling kaya sepanjang masa dengan rekod sempurna 50-0.

Mayweather mengatakan percutiannya ke negara Asia itu ditanggung sepenuhnya.

Peninju berusia 40 tahun itu turut mengirimkan beberapa foto dirinya berada di Tembok Besar China dan memberi keterangan menerusi ‘caption’ bagi menjelaskan motivasi di sebalik kunjungannya itu.

Dia menulis: “Di sini di Beijing, China di Tembok Besar China, dianggap salah satu keajaiban terhebat dalam dunia!

“China akan sentiasa berada dalam senarai antara tempat menarik untuk dikunjungi sepanjang percutian dalam hidup saya. Apapun, semuanya biarlah kena dengan masa yang betul dan tepat”.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 8:08 PM