Griezmann dapat perhatian Barca untuk tajam serangan. FOTO EPA/REUTERS
The Independent

BEBERAPA pemain senior Atletico Madrid dan Manchester United yakin Antoine Griezmann akan menyertai Barcelona pada jendela perpindahan musim panas membabitkan rundingan ‘duit mega ratusan juta’.

Bintang Perancis itu dijangka meninggalkan ibu kota Sepanyol itu tahun depan selepas rundingan bersama United tidak menjadi Jun lalu berikutan pengharaman penghijrahan Atletico.

Barcelona kini paling cerah untuk mendapatkan tandantangan penyerang antarabangsa Perancis berusia 26 tahun itu.

Kelab Catalan itu berhasrat merombak sepenuhnya pasukan itu selepas perpindahan kontroversi Neymar ke PSG musim lalu dan begitu terdesak menajamkan serangan mereka dengan meletakkan Griezmann salah satu pilihan paling berpotensi.

Dia menandatangani kontrak baru Jun lalu selepas perpindahan ke United menemui jalan buntu dan usaha itu dilihat untuk meningkatkan nilai dengan Barca berkemungkinan perlu bayar lebih £100j (RM543 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2017 @ 12:16 PM