Aubameyang bersama Lamborghini Aventador mahu dijual. FOTO Instagram Aubameyang/REUTERS
Daily Mail

PIERRE-Emerick Aubameyang berhasrat menjual Lamborghini Aventador tempah khas miliknya pada harga £250,000 (RM1.4 juta) di Jerman.

Kereta kategori ‘supercar’ milik pemain Borussia Dortmund itu mempunyai cat metalik unik dan logo khas di bonet yang kini berada dalam pasaran jual beli kereta negara itu sejak September lalu.

Aubameyang mengirim fotonya duduk di atas bumbung kereta Lamborghini itu menerusi akaun Instagramnya.

Pemain berusia 28 tahun itu beraksi selama 90 minit ketika Dortmund mengesahkan kemenangan pertama mereka sejak September lalu selepas menewaskan Mainz dengan 2-0 di tempat lawan.

Musim Aubameyang di Signal Iduna Park dicemari masalah disiplin dan persoalan terhadap sikap dipamerkannya.

Kejayaan menyusul selepas meledak 15 gol pada 12 perlawanan dalam semua pertandingan dan dia berdepan kemarau gol ketika Dortmund gagal mencatat sebarang kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2017 @ 3:57 PM