VAN Dijk lihat aksi Reds menentang Leicester. FOTO/AFP
AFP

LONDON: Liverpool meraikan kedatangan Virgil van Dijk di Anfield apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Leicester City 2-1 hasil dua jaringan Mohamed Salah, sebentar tadi.

Van Dijk, yang dibeli dari Southampton dengan rekod perpindahan dunia buat pemain pertahanan bernilai 75 juta pound (RM411 juta), tidak boleh bermain buat Liverpool sehingga Januari namun pertahanan tengah Belanda itu akan diminta untuk memperbaiki apa yang ditunjukkan ketika Leicester mendahului seawal minit ketiga di Anfield.


SALAH jaring dua gol untuk Liverpool. FOTO/AFP

Ketika Van Dijk melihat perlawanan dari tempat duduk, pertahanan Liverpool Joel Matip melepaskan bola dan Riyad Mahrez melorongkan bola buat Jamie Vardy yang meledak mengatasi penjaga gol Loris Karius, yang menggantikan Simon Mignolet, untuk jaringan ke-10 musim ini.

Pemain sayap Mesir, Salah kemudiannya menerima hantaran baik Sadio Mane dan mengatasi penjaga gol Kasper Schmeichel untuk jaringan ke-22 miliknya musim ini selepas berpindah dari Roma.

Jaringan itu masih belum cukup buat Salah dan dia menggunakan peluang terbaik buat Liverpool pada minit ke-76.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2017 @ 8:22 AM