RAFFI (kanan) tekad beri sumbangan terbaik kepada PKNP. FOTO/FAIL
Azizan Hashim
sukanteam@nstp.com.my


MOHAMMAD Raffi Nagoorgani tekad memberi sumbangan terbaik kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam saingan Liga Super 2018 bermula Februari depan walaupun sedar cabarannya pasti lebih sukar berbanding sebelum ini.

Bek kanan PKNP FC yang baharu melangsungkan perkahwinan di Dewan Komuniti, Chenderiang, Sabtu lalu itu mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan bersama pasukan..

“Saya bersyukur dan lega kerana semuanya sudah selesai. Kini saya mahu beri sepenuh perhatian kepada kerjaya bola sepak terutama membantu PKNP FC dalam Liga M,” katanya yang menyertai semula kem latihan semalam selepas bercuti seminggu.


RAFFI (tengah) dan pasangannya Nurul Nabila Anis Suhaimi bersama jurulatih dan rakan sepasukan ketika majlis perkahwinannya di Dewan Komuniti Chenderiang, Tapah. FOTO/IHSAN PKNP

Raffi yang lebih dikenali dengan panggilan “Ustaz” menamatkan zaman bujang dengan mengahwini Nurul Nabila Anis Suhaimi, 24, yang dikenalinya sejak lima tahun lalu.

Nurul Nabila sebelum ini menjalani latihan praktikal di Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak pada 2013.

“Ia cinta pandang pertama buat saya dan Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar,” kata Raffi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 1:08 PM