Coutinho dan Suarez sering berhubungan sebelum berhijrah ke Barcelona dan rumah didiami oleh Coutinho. FOTO Luis Suarez Instagram/REX Shutterstock/WENN.com
Mirror

SEGELINTIR pemain bolasepak menghabiskan masa selama berminggu minggu tinggal di bilik hotel selepas menandatangani kontrak bersama kelab baru.

Bagi Philippe Coutinho (PC) yang berhijrah ke Barcelona dengan nilai £142 juta pound (RM768 juta) tidak berdepan kesukaran kerana mendapat bantuan bekas rakan sepasukan Liverpool, Luis Suarez.

Pemain Brazil itu diperkenalkan di Nou Camp, Isnin lalu selepas kelab Catalan itu memecahkan rekod perpindahan Britain untuk mendapatkan khidmatnya.

Suarez tampil mencari rumah sesuai bagi memastikan bekas rakan sepasukannya mendapat tempat tinggal tetap di bandar itu.

Malah urusan rumah berlaku sebelum kelab itu bersetuju dengan yuran perpindahan dari Liverpool.

Pemain Uruguay itu turut memberitahu presiden Barca, Josep Maria Bartomeu pihaknya tidak perlu menempah bilik hotel untuk PC.

Coutinho mengakui terhutang budi kepada pemain Uruguay itu yang mengambil inisiatif mendapatkan hartanah bersebelahan rumahnya dan dia boleh terus berpindah.

"Dia terus menempah rumah itu selepas mengetahui ia boleh didapati," kata Coutinho kepada sebuah akhbar tabloid Britain. "Dia tidak tahu saya pasti akan datang tetapi saya suka ideanya itu.

"Ia seperti satu tanda penghormatan. Kami sudah melihat gambarnya dan pemandangan juga menarik. Kami sentiasa berhubungan dan saya tidak sabar untuk masuk ke rumah itu bersama keluarga saya. Saya tahu Luis mahu saya berasa seperti berada di rumah sendiri."

Rumah itu sebelum ini didiami oleh Cesc Fabregas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 7:16 PM