CRISTIANO RONALDO
Reuters

MADRID: Real Madrid wajar mengabaikan tuntutan Cristiano Ronaldo yang mahukan kontrak baru yang lebih lumayan, biarpun ia mungkin memaksa penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka meninggalkan kelab La Liga, kata legenda Real Manolo Sanchis hari ini.

Menurut laporan di kebanyakan media Sepanyol, Ronaldo dikatakan terbabit dengan perselisihan yang dengan presiden Real Florentino Perez, yang enggan menawarkan kenaikan gaji untuk penyerang Portugal itu.

Ronaldo, 32 kali terakhir menandatangani kontark Real pada November 2016 sehingga Jun 2021, namun dilaporkan menuntut satu lagi kontrak baru untuk memastikan gajinya setaraf Lionel Messi dan Neymar, dua pemain dengan gaji tertinggi di dunia.

“Madrid tidak perlu menaikkan gajinya (Ronaldo),” kata Sanchis kepada stesen radio Sepanyol Cadena Cope hari ini.

“Jika Madrid tersungkur musim ini, dia akan menuju pintu keluar. Jika (Alfredo) Di Stefano boleh meninggalkan Madrid jadi sesiapa pun boleh tanpa mencetuskan drama.”

Sanchis, bekas pertahanan Sepanyol menyertai Real sepanjang kariernya, memenangi lapan gelaran Liga dan dua Liga Juara-Juara dari 1983 hingga 2001.

Ronaldo meraih anugerah kelima Ballon d’Or pada Disember namun hanya menjaringkan empat gol dalam La Liga musim ini, faktor utama yang mendorong kegagalan juara Eropah dan Sepanyol itu gagal mempertahankan gelaran mereka.

Real ketinggalan 19 mata jauh berbanding pendahulu liga Barcelona dan kini di tangga keempat, mengekori Atletico Madrid di tangga kedua dengan 10 mata dan Valencia, lapan mata meskipun mereka kurang satu permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 12:21 PM