BIARPUN dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea, Giroud tetap diturunkan Wenger ketika bertemu Swansea. Foto Reuters
BIARPUN dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea, Giroud tetap diturunkan Wenger ketika bertemu Swansea. Foto Reuters
AFP

SWANSEA: Olivier Giroud bermula di bangku simpanan ketika berkunjung ke Swansea awal pagi tadi beberapa jam selepas laporan menyatakan penyerang Perancis itu bersetuju berpindah ke Chelsea dengan harga £18 juta (RM99.34 juta).

Dengan penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang dalam genggaman, pengurus Gunners, Arsene Wenger sedia melepaskan Giroud tetapi masih menyenaraikan pemain itu sebagai pemain simpanan di Stadium Liberty.

Chelsea berminat mendapatkan Giroud sebelum tamat tempoh jendela perpindahan dengan penyerang Blues, Michy Batshuayi berkemungkinan menuju Borussia.

Kedatangan Aubameyang di saat akhir sudah dijangka kerana Gunners mahu mendapatkan terlebih dahulu pengganti sebelum melepaskan Giroud.

Laporan menyatakan kelab utara London itu membayar £55 juta (RM303.55 juta) sekali gus memecahkan rekod perpindahan buat kali kedua dalam masa enam bulan selepas membeli Alexandre Lacazette dari Lyon.

Walapun Dortmund berminat mendapatkan Giroud namun Chelsea lebih menunjukkan kesungguhan membeli pemain berusia 31 tahun itu.

Giroud hanya beraksi dalam satu perlawanan liga dan terdesak mencari pasukan baru bagi memastikan tempat dalam skuad Piala Dunia Perancis terjamin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 8:13 AM