PEMAIN import PKNP FC, Keo Sokpheng (kanan) menjalani latihan bagi menghadapi saingan Liga Super 2018 di Stadium Mini 1 Malaysia Chemor, Ipoh. Foto fail
Azizan Hashim


KELAB Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC akan mengadakan majlis memperkenal pemain dan pelancaran jersi pasukan Liga Super di Movies Animation Park (MAPS), Meru Raya, petang esok.

Majlis pelancaran akan disempurnakan Presiden PKNP FC, Datuk Aminuddin Md Desa. Menurut kenyataan rasmi kelab konglomerat itu, majlis akan diadakan pada jam 4 petang .

Sehubungan itu orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Pada majlis itu, PKNP FC turut memperkenalkan barisan pemain tempatan serta import baharunya iaitu Yeon Gi Sung dari Korea Selatan dan Geo Sokpheng (Kemboja).

Tahun lalu, PKNP FC beraksi di Liga Perdana dan menduduki tangga ketiga di belakang Kuala Lumpur dan Terengganu. Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim juga membuat impak apabila mara ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Pasukan itu kemudian layak ke Liga Super 2018 bersama Negeri Sembilan apabila T-Team menarik diri manakala FELDA United diturunkan pangkat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 12:41 PM