Wenger benarkan Giroud sertai Chelsea. FOTO REUTERS/AFP
Daily Mail Online

ARSENE Wenger memuji komitmen ‘top class' dipamer oleh Olivier Giroud (G) kerana pemain itu tetap mahu beraksi kali terakhir bersama Arsenal ketika kecundang kepada Swansea sebelum menyertai Chelsea.

Kelab itu bersetuju menjual penyerang Perancis itu kepada pencabar London dalam perpindahan akan membolehkan Pierre-Emerick Aubameyang datang ke Emirates dengan rekod perpindahan £55.5j (RM307 juta) malah Michy Batshuayi (Chelsea) menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund.

Giroud masuk selaku gantian pada 15 minit terakhir ketika Arsenal tewas 3-1 kepada Swansea, semalam.

Perlawanan itu juga menjadi medan kelab itu memeterai perjanjian terakhir dengan yuran perpindahan sebanyak £18j (RM100 juta) termasuk tambahan.

“Ia satu penghormatan kepada Olivier (dia bermain) kerana memberi perkhidmatan hebat kepada kelab. Dia tidak pernah mengecewakan kami dengan komitmen tinggi di bahagian depan dan banyak kali menyelamatkan kami,' kata Wenger.

“Saya tiada sebarang keraguan kerana apabila ditanya adakah dia sedia memberi komitmen, jawapannya ya.

“Saya tiada masalah dengan perkara itu dan menurunkannya ketika diperlukan. Malangnya dia tidak dapat membantu kami.

“Saya membawanya dari Montpellier dan menjadikannya pemain antarabangsa yang kuat untuk Perancis. Kami melalui susah senang bersama tetapi perangainya sentiasa berkelas tinggi.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 4:36 PM