MATUIDI (kanan) cedera paha. FOTO/AFP
AFP

PARIS: Pemain tengah Perancis Blaise Matuidi mungkin terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Tottenham Hotspur minggu depan susulan kecederaan paha, kata kelabnya Juventus hari ini.

Bekas pemain Paris-Saint Germain mengalami kecederaan ketika pasukannya membelasah Sassuolo 7-0 semalam, meninggalkan padang selepas 26 minit permainan.

Ujian terhadapnya menunjukkan berlaku kecederaan di kawasan berkenaan.

“Lebih banyak ujian akan diadakan untuk mengetahui berapa lama dia tidak akan bermain,” kata Juve dalam satu kenyataan.

Kecederaan itu berlaku pada aksi penting membabitkan juara Itali dengan Tottenham dalam perlawanan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Selasa depan.

Tempat Matuidi digantikan pemain Itali Claudio Marchisio pada hujung minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2018 @ 9:20 AM