Miller meninggal dunia akibat kanser. FOTO
BBC

BEKAS pemain tengah Celtic dan Manchester United, Liam Miller meninggal dunia, semalam, pada usia 36 tahun akibat kanser pankreas.

Miller memiliki 21 kap antarabangsa bersama Republik Ireland antara 2004 dan 2009.

Miller memulakan karier di Celtic pada 2000 sebelum berhijrah ke Old Trafford empat tahun kemudian.

Dia pernah beraksi bersama Leeds, Sunderland, QPR dan Hibernian.

Celtic dalam satu kenyataan hari ini menyatakan ‘begitu sedih’ dan turut berkongsi berita duka itu bersama ‘keluarga dan rakan rakannya’.

Dia disahkan menghidap kanser tahun lalu dan mendapatkan rawatan di Ireland dan Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2018 @ 7:48 PM