PEMAIN Melaka meraikan kemenangan selepas menewaskan NS.
PEMAIN Melaka meraikan kemenangan selepas menewaskan NS.
Nazri Abu Bakar


MELAKA United (MU) berjaya mencipta kemenangan kedua di gelanggang sendiri selepas mengatasi Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, sebentar tadi.

Selepas tewas 1-4 kepada Selangor Rabu lalu skuad terbabit bermula garang mengasak di awal babak pertama namun percubaan Yahor Zubovich pada minit ke-15 dan rembatan Jeon Woo Young (m-19) tinggi melepasi palang gol pelawat.

Malah deretan peluang hadir menerusi tandukan Stevan Thicot dan tolakan R Gopinathan serta G Puneswaran pada setengah jam pertama gagal membuahkan hasil.

PEMAIN Melaka, Puaneswaran Gunasekaran (kiri) cuba diasak pemain NS, Khairul Izuan Rosli. FOTO/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
PEMAIN Melaka, Puaneswaran Gunasekaran (kiri) cuba diasak pemain NS, Khairul Izuan Rosli. FOTO/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

Ketika diasak hebat, NS turut mencuri peluang menghasilkan jaringan namun rembatan Khairul Izuan Rosli pada minit ke-29 ditolak keluar pertahanan skuad tuan rumah.

Akhirnya pencarian gol terhasil buat MU pada minit ke-31 selepas Zubovich menolak masuk bola muntah hasil rembatan Gopinathan yang menewaskan penjaga gol Saiful Amar Sudar.

Zubovich sekali lagi bijak menghadiahkan gol kedua buat skuad bimbingan Eduardo Almeida selepas menolak masuk hantaran sudut Shahdan Sulaiman untuk meletakkan MU selesa di depan.

Skuad Hang Tuah terus menguasai perlawanan dengan menambah jaringan ketiga menerusi Gopinathan pada minit ke-70.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2018 @ 11:42 PM
Digital NSTP Subscribe