PELUMBA basikal negara, Fatehah Mustapa meraih gangsa dalam acara ujian masa 500 meter di Velodrom Nasional, sebentar tadi. - Foto EIZAIRI SHAMSUDIN
Azlan Muhammad Zain


RATU trek negara, Fatehah Mustapa meraih gangsa dalam acara ujian masa 500 meter di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC), sebentar tadi.

Pada aksi di Velodrom Nasional di Nilai, Fatehah mempamerkan kayuhan bertenaga dengan melakar 34.632 saat.

Bagaimanapun, ia masih belum mampu menghalang Lee Wai Sze dari Hong Kong untuk meraih emas Terdahulu, rakan sepasukan, Azizulhasni Awang turut menyumbangkan gangsa menerusi acara keirin.

Manakala bagi kategori remaja, skuad kejar-mengejar negara yang dibarisi Zulhelmi Zainal, Muhammad Hakimi Nor, Muhammad Shahmir Wan Abdul Halim dan Muhammad Syafiq Mohamad meraih gangsa menewaskan Kazakhstan dengan masa empat minit 13.110s.

Ia turut memadamkan rekod lama kebangsaan bagi remaja iaitu 4:22.416s yang dilakukan pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2018 @ 12:39 AM