WOODS melakukan tiga birdie, satu bogey dan satu double-bogey.
WOODS melakukan tiga birdie, satu bogey dan satu double-bogey.
AFP

MIAMI: Tiger Woods berkata dia ‘sangat gembira’ apabila melakukan par 70 pada pusingan pertama saingan golf Honda Classic hari ini yang memberikannya empat pukulan berbanding pendahulu, Alex Noren dari Sweden.

Woods menggambarkan ia sebagai pukulan sepusingan terbaik dalam kemunculan semula termasuk ketika terikat di kedudukan ke-23 di Torrey Pines bulan lalu dan terlepas kelayakan di Riviera di Los Angeles minggu lalu.

“Saya sangat gembira,” kata juara 14 kejuaraan major itu yang melakukan tiga birdie, satu bogey dan satu double-bogey dalam saingan sukar di Lapangan PGA National, Palm Beach Gardens, Florida.

“Hari ini bukan mudah. Ia akan menjadi lebih sukar kerana lapangan ini bukan yang terbaik. Keadaan sukar sepanjang hari. Angin memang menyukarkan permainan, sangat sukar melakukan putt di sini.”

Begitupun Woods menyamai catatan terbaik pada pusingan awal dalam empat penampilan di PGA National.

Keputusan untuk bermain di Florida minggu ini menandakan usaha pertama untuknya tampil berturut-turut sejak 2015 ketika dia berazam untuk menjadi pencabar sekali lagi selepas pembedahan belakang April lalu.

Woods memulakan permainan di lubang ke-10 dan melakukan dua birdie dan bogey dalam sembilan lubang pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2018 @ 11:46 AM