FEDERER
Agensi

Indian Wells, Amerika Syarikat: Pemain tenis lelaki nombor satu dunia Roger Federer mengakui sukar baginya untuk menyamai rekod bekas pemain nombor satu wanita Serena Williams yang kembali beraksi dalam acara perseorangan di Indian Wells semalam.

Federer, yang mengambil alih rekod Andre Agassi sebagai pemain paling tua memegang gelaran nombor satu dunia Februari lalu, akur rekod tenis wanita termasuk yang dipegang juara 23 kali Grand Slam, Serena sukar diatasinya.

Serena, yang cuti bersalin sejak Terbuka Australia tahun lalu akan kembali beraksi di Terbuka Paribas BNP di Indian Wells, di mana Federer adalah penyandang juara kategori lelaki.

Federer meraih gelaran Grand Slam ke-20 dirinya Januari lalu, apabila mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia dengan menewaskan Marin Cilic dari Croatia dalam lima set pada final.

Bagaimanapun Serena yang mengumpul 23 trofi major jauh mengatasi legenda dari Switzerland itu daripada segi gelaran Grand Slam.


SERENA idam 25 gelaran Grand Slam.

Pemain tenis wanita dari Amerika Syarikat itu berhasrat untuk melebarkan rekodnya kepada 25 gelaran Grand Slam, dan Federer menegaskan rekod Grand Slam Williams bukan sesuatu yang menjadi buruannya.

“Rekod permainan wanita cukup menakjubkan, seperti Martina Navratilova, Serena, atau Steffi Graf, ia adalah Slam Emas,” kata Federer. “Beberapa rekod cukup luar biasa.

“Saya suka melihat pertandingan wanita, tetapi saya pernah terfikir untuk mengatasi Serena dalam apa juga pencapaiannya.

“Saya hanya gembira kedua-dua Serena dan Venus (kakak Serena) masih lagi beraksi, kerana beberapa tahun lalu, atau sebentar tadi, sebenarnya sekarang, apabila mereka tidak begitu sihat dengan kecederaan dan sebagainya, mereka akan bersara lebih awal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Mac 2018 @ 7:31 AM