BUFFON beri isyarat kembali sertai Itali. - FOTO AFP

ROM: Legenda Itali, Gianluigi Buffon disenaraikan oleh pengendali sementara, Luigi Di Biagio untuk memperkuatkan skuad kebangsaan negara itu bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang England dan Argentina pada bulan ini.

Buffon, 40, sebelum ini mengumumkan persaraan daripada peringkat antarabangsa selepas Itali gagal layak ke Piala Dunia di Russia susulan tewas kepada Sweden pada aksi play off - buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

Namun kapten Juventus ini memberi isyarat sedia kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan Itali, jika Di Baggio memerlukan khidmatnya bagi menghadapi England serta Argentina pada aksi persahabatan pada 23 dan 27 Mac ini.

Buffon yang menghimpunkan 175 kap untuk Itali, dijangka diberi penghargaan lebih baik sempena persaraannya berbanding ketika saat sedih apabila Itali gagal mara ke Piala Dunia pada perlawanan terakhirnya menentang Sweden sebelum ini.

Dalam pada itu, Mario Balotelli tidak disenaraikan meskipun pemain Nice yang kian menyerlah ini dikatakan bakal mendapat kap pertamanya sejak kali terakhir pada Piala Dunia 2014.

Sebaliknya, Di Baggio memanggil pemain AC Milan berusia 20 tahun, Patrick Crutone yang berjaya menyinar bersama kelabnya itu.

Skuad Azzurri masih belum mempunyai pengendali tetap selepas Gian Piero Ventura dipecat susulan kegagalan Itali layak ke Piala Dunia di Russia.

Barisan Itali:

Penjaga Gol: Gianluigi Buffon (Juventus), Gianluigi Donnarumma (Milan), Mattia Perin (Genoa)

Pertahanan: Leonardo Bonucci (AC Milan), Giorgio Chiellini (Juventus), Matteo Darmian (Manchester United), Mattia De Sciglio (Juventus), Gianmarco Ferrari (Sampdoria), Alessandro Florenzi (Roma), Daniele Rugani (Juventus), Leonardo Spinazzola (Atalanta), Davide Zappacosta (Chelsea)

Perancang: Giacomo Bonaventura (AC Milan), Bryan Cristante (Atalanta), Roberto Gagliardini (Inter), Jorge Luiz Frello Jorginho (Napoli), Marco Parolo (Lazio), Lorenzo Pellegrini (Roma), Marco Verratti (Paris Saint Germain)

Penyerang: Andrea Belotti (Torino), Antonio Candreva (Inter), Patrick Cutrone (AC Milan), Federico Chiesa (Fiorentina), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Simone Verdi (Bologna)

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 1:12 AM