ADAM NORRODIN
ADAM NORRODIN
Sukhairi Thani dan Fadhli Ishak


ITU harapan Adam Norrodin selepas menempah grid ke-17 daripada 27 pelumba Moto3 untuk perlumbaan pertama musim 2018 di Grand Prix (GP) Qatar, esok.

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa sepusingan terbaik 2 minit 07.758 saat tatkala Niccolo Antonelli dari pasukan SIC58 Squadra Corse, bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama.

“Pada sesi latihan bebas ketiga, kami melakukan perubahan ke atas jentera dan saya selesa,” kata Adam yang memasuki tahun ketiganya dalam kelas berkenaan tahun ini.

“Kami dapat merasakan peningkatan ke atas jentera, saya juga berasa yakin dengannya. Pada awal kelayakan, ia sangat bagus, saya bermula dari petak kelima dan saya dapat merasai keyakinan itu tetapi pada penghujungnya, kami melakukan kesilapan.

“Saya terlalu awal memasuki trek dan pelumba lain melakukan catatan masa sepusingan terbaik hanya pada satu pusingan saja... itu kebiasaan dalam Moto3.

“Apapun, esok adalah hari perlumbaan. Saya perlu bersaing untuk berada di kelompok depan dan ia sesuatu yang sukar buat saya.

“Namun, minggu ini masih belum berakhir... esok adalah hari yang penting dan saya akan cuba yang terbaik pada perlumbaan nanti,” kata pelumba berusia 20 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 1:21 AM