SLOANE (kiri) bersalaman dengan Victoria selepas tamat perlawanan. FOTO/AFP
SLOANE (kiri) bersalaman dengan Victoria selepas tamat perlawanan. FOTO/AFP
AFP

MIAMI: Sloane Stephens mara ke final Terbuka WTA Miami buat pertama kali, awal pagi tadi selepas bangkit daripada ketinggalan set pertama dengan menewaskan bekas pemain nombor satu dunia dari Belarus, Victoria Azarenka, 3-6, 6-2, 6-1.

Aksi bertenaga dipamerkan juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat itu membolehkan dia mara ke final, esok hanya selepas 18 hari mengatasi lawan sama dengan straight set pada pusingan kedua Indian Wells.

"Saya sangat puas hati dengan cara saya bangkit di set pertama ," kata Sloane, 25, yang mengejar kejuaraan keenam dalam kariernya.

"Anda tidak tahu apa akan berlaku, jadi mara ke final sangat istimewa. Buat pertama kali saya saya dengar arahan jurulatih dan saya kembali temui rentak. Saya hanya fokus kepada diri sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, kekalahan Azarenka, 28, membuktikan dia masih mampu mencabar pemain lebih muda sejak kembali beraksi selepas berehat panjang pada Disember 2016 dan berlanjutan akibat masalah penjagaan anak dan dengan kedudukan di tangga ke-186 dunia, dia adalah pemain paling rendah ranking di kalangan tujuh pemain bukan pilihan yang mara ke separuh akhir Miami.

Dia akan kembali ke senarai 100 teratas walaupun gagal meraih trofi keempat di sini selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Mac 2018 @ 8:05 AM