NADAL kini mengumpul 8.77 mata. FOTO/AFP
NADAL kini mengumpul 8.77 mata. FOTO/AFP
AFP

PARIS: Rafael Nadal kembali merampas kedudukan teratas ranking lelaki ATP hari ini, sehari selepas pencabar dari Switzerland, Roger Federer tersingkir di Miami kepada pemain Amerika Syarikat, John Isner.

Nadal, yang masih belum memukul bola sejak menarik diri dari suku akhir Terbuka Australia pada Januari, menyaksikan Federer mengambil alih kedudukan utama pada 18 Februari.

Pemain veteran Switzerland itu bagaimanapun kurang 10 mata di belakang pencabar dari Sepanyol itu di kedudukan kedua selepas kalah pada pusingan kedua kepada Isner yang menyaksikan pemain tinggi lampai itu naik lapan tempat ke kedudukan kesembilan hasil kejayaan dalam acara Masters 1000 itu.

Isner menyamai kedudukan terbaiknya sebelum ini, dilakukan pada April 2012 manakala lawan ditewaskannya pada final, Alexander Zverev dari Jerman naik ke kedudukan keempat.

Pemain Korea selatan, Hyeon Chung terus meningkat dalam ranking apabila pemain berusia 21 tahun itu memecah masuk ke kelompok 20 terbaik, berkedudukan ke-19 buat pertama kali selepas mara ke suku akhir di Miami.

Ranking ATP pada 2 April

1. Rafael Nadal (ESP) 8.770 mata (+1)

2. Roger Federer (SUI) 8.670 (-1)

3. Marin Cilic (CRO) 4.985

4. Alexander Zverev (GER) 4.925 (+1)

5. Grigor Dimitrov (BUL) 4.635 (-1)

6. Juan Martin Del Potro (ARG) 4.470

7. Dominic Thiem (AUT) 3.665

8. Kevin Anderson (RSA) 3.390

9. John Isner (USA) 3.125 (+8)

10. David Goffin (BEL) 3.110 (-1)

11. Lucas Pouille (FRA) 2.410 (-1)

12. Pablo Carreno (ESP) 2.395 (+7)

13. Novak Djokovic (SRB) 2.310 (-1)

14. Sam Querrey (USA) 2.265

15. Diego Schwartzman (ARG) 2.220 (+1)

16. Jack Sock (USA) 2.200 (-5)

17. Roberto Bautista (ESP) 2.175 (-2)

18. Tomas Berdych (CZE) 2.140 (-5)

19. Hyeon Chung (KOR) 1.897 (+4)

20. Fabio Fognini (ITA) 1.840 (-2)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 April 2018 @ 6:34 PM