SIMEONE puas ledak hatrik. FOTO/AFP
SIMEONE puas ledak hatrik. FOTO/AFP
AFP

MILAN: Kalidou Koulibaly dibuang padang pada awal permainan ketika harapan Napoli meraih gelaran berdepan ancaman teruk hari ini dengan hatrik Giovanni Simeone menghadiahkan Fiorentina kemenangan mengejut 3-0 seterusnya memberikan Juventus semakin hampir meraih gelaran Serie A.

Berbaki hanya tiga perlawanan, Juventus memiliki kelebihan empat mata dan boleh meraih gelaran liga ketujuh berturut-turut hujung minggu ini.

Koulibaly, hero yang menjaringkan gol lewat permainan yang terus memberikan harapan buat Napoli ketika kemenangan 1-0 mengatasi Juventus di Turin minggu lalu, dibuang padang hanya selepas lapan minit permainan.

Penyerang Argentina, Simeone – anak kepada bos Atletico Madrid, Diego Simeone – menjaringkan semua tiga gol dalam persembahan hebat untuk terus menghidupkan peluang Fiorentina ke Liga Europa.

Skuad kendalian Maurizio Sarri kini ketinggalan empat mata di belakang Juventus yang mengatasi Inter Milan yang bermain 10 orang untuk menang 3-2 di San Siro Sabtu lalu dengan dua gol lewat dalam tempoh tiga minit.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri itu akan bermain di laman sendiri berdepan Bologna Sabtu ini dan boleh menang Scudetto jika Napoli gagal menang berdepan Torino Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 3:50 AM